| Sitemap     
News & Press Releases

Quick Search Article:    [Back]

Perutusan Presiden
(18 Jan 2010)

 
Buletin Kesihatan Mental
Persatuan Kesihatan Mental Malaysia
PATRON: TOH PUAN DATO' SERI HJH. DR. AISHAH ONG
December 2009 (4/09)
KDN PP/5342/10/2010 (0257656)

PERUTUSAN PRESIDEN
2009, tidak kurang mencabarnya, MMHA telah berjaya cabaran-cabaran ini sejak dari awal penubuhannya. Semua cabaran dan dugaan akan terus dirintangi untuk menjadi satu pertubuhan yang memperjuangkan sikap dan sifaf positif terhadap isu penyakit mental.

Selangkah menjadi organisasi professional, dimaklumkan MMHA selama 2 tahun berturut-turut telah menerima Sijil ISO 9001:2000 untuk pengiktirafan Kualiti Pengurusan ke atas Perkhidmatan Pemulihan daripada Lloyd's. Kami amat berterima kasih kepada bekas presiden En. See Cheng Siang mana memperkenalkan sistem yang berkualiti ini pada tahun 2007. Kami masih terus memperbaiki proses ini untuk menjadikannya lebih jelas, mantap, lebih sistematik dan boleh dinilai. Kami sedar ISO bukanlah segala-galanya untuk perkhidmatan yang berkualiti tetapi ia bergantung kepada tanggungjawab dan kualiti staf di MMHA. Sebagai sebabagian daripada kemajuan kakitangan dan pemulihan perkhidmatan, MMHA dengan bantuan penderma-penderma telah menghantar 2 peserta ke Bangalore, India untuk menyertai Kongress Pemulihan Psikososial Dunia ke-10 untuk mempelajari daripada Negara- negara lain tentang kaedah lebih praktika1 dalam menjalankan perkhidmatan pemulihan yang lebih berkesan.

Walaupun pemulihan psikososial adalah bidang utama MMHA, MMHA juga menjalankan pelbagai program pendidikan keluarga dan awam untuk menimbulkan kesedaran yang lebih baik terhadap kesihatan mental. Disamping itu, membantu para penjaga/ibubapa bagaimana untuk menguruskan masalah ahli keluarga yang sakit mental. Dalam memperjuangkan hak pesakit mental, MMHA di bawah naungan MINDA Malaysia (badan kebangsaan yang terdiri daripada kumpulan sokongan keluarga dari pelbagai negeri di Malaysia) telah menghantar memorandum kepada Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) untuk mernasukkan penyakit mental sebagai salah satu penyakit yang ditanggung oleh syarikat insuran. Ini adalah selaras dengan US Mental Health Insurance Parity Law yang diluluskan pada September 2008 yang mana menjadikan ia sebagai undang-undang mandatori kepada syarikat insuran yang menawarkan insuran kesihatan persendirian untuk menanggung penyakit mental sepertimana penyakit-penyakit lain.

Penyakit mental masih lagi kabur dan kurang jelas dikalangan masyarakat Malaysia. Kajian terbaru dilakukan keatas peserta program pendidikan keluarga di MMHA menyatakan 53.8% mereka sukar  membiarkan ahli keluarga lain mengetahui yang mereka mempunyai seseorang di rumah yang sakit mental. 61.5% pula merasa tidak selesa untuk memberitahu orang luar. MMHA ingin sekali memaklumkan kepada semua tidak perlu rasa malu jika anda mempunyai pesakit ini. la akan menjadi perkara biasa yang diterima masyarakat sekiranya kita tidak menyembunyikannya. Ini kerana hakikatnya penyakit ini tidak pernah memilih jantina, usia, bangsa, pendidikan mahupun status hidup.

Sertailah kami untuk Mental Health Big Walk tahun hadapan dalam usaha menghapuskan stigma atau pandangan negatif terhadap penyakit mental. Bersempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10.10.2010 kita harus bersikap terbuka dan tidak malu walaupun mengidap penyakit mental.



Print This Page    Email To Friend    Tell Us More    [Page Counter: 533]